Rabbi redhaMu kudambakan....

Friday, July 03, 2009


Kata orang :
"Kehidupan itu penuh dengan penderitaan dan kepahitan."

Tapi aku katakan :
"Tersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit."

Rembulan tertawa dan bintang-bintang bersorak-sorai... Lalu mengapa biarkan kesedihan membunuh membelenggu hatimu....?
Raihlah senyuman pagi hari dan ucapkanlah:
"Selamat datang! sungguh daku amat merindui dirimu."
Kau laksana bulan yang menyinari hidupku...menerangkan hati cintaku
mengindahkan bayangan dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang rembulan tersenyum di langit malam.
Berapa jauh kau boleh pergi?
Berapa pantas kau boleh berlari?
Berapa tinggi kau boleh terbang?
Berapa sakit kalau terhempas?


Tidak akan kau berperasaan gundah walaupun sekali,
sekiranya kau tahu apa yang dicari...

Apa yang di cari?

Friday, December 22, 2006

.::: Ku Selusuri Putaran Takdir ::.

 

Tuhan
Dalam detik dan saat putaran bumi
Bersamanya kitaran hidup setiap jiwa
Tersemat indah dalam ayat-ayat cinta-Mu
Penuh dengan alamat dan tanda
Peringatan untuk difahami dan dimengertikan
Tentang takdir semalam yang kutemui
Yang telah keluar dari persembunyiannya
Di sebalik hikmah kejadian manusia.

Kini yakinlah diriku bahawa
Kasih sayang-Mu masih ada sisanya
Di rerumputan jatuhnya embunan pagi
Di saat dinihari yang menghuni segala memori
Pada nyawa yang masih berkalang dijasadku.

Tuhan
Betapa aku masih tetap merindu
Betapa diriku masih tetap seperti dulu
Seperti bintang timur
Selalu menunjukkan arahnya
Pada setiap jalan untukku selalu bersama-Mu.

Tuhan
Kau biarkan diriku masih mengembara di bumi
Menanti saat berjumpa dengan-Mu
Percayalah!
Rinduku masih tiada tepinya
Meskipun kujelajahi putaran takdir
Betapa Dikau sahaja kekasih hati
Namun hendaklah Kau tahu
Aku jua mencintai setiap insan soleh
Yang Engkau cintai dan redhai.

-Hanya menyata apa di hati, 14 November 2006-

diambil dr blog seorang kwn.....
--

Friday, October 13, 2006

~~~~~Lailatul Qadar~~~~~~

Malam Yang Kucari

Lailatul Qadar
Bagaimana indah dan tenangnya suasanamu
Ketika sandiwara tiada lagi di sisiku
Hanya sapaan harap dan bisikan doa
Yang kulantunkan bersamanya ayat-ayat cinta
Biarpun sedikit demi sedikit naik ke Arasy
Demi menyulam kasih yang payah dimengerti.

Betapa heningnya diniharimu
Disulami zikiran unggas-unggas
Pada dedaunan yang seakan mengerti
Ketika bayu-Nya seolah-olah berhenti
Sesaat melihat banyaknya roh-roh insan
Tanpa merasai akan kehadiranmu.

Oh! Asingnya kalau aku di pulaumu
Penuh suasana tapi tanpa kata-kata
Penuh gempita tapi tanpa tawa
Terpenjara sendiri, mengusik sepi
Dalam dada yang sunyi.

Kini semilir harapku kian menerpa
Menyimbakkan butiran sebak di dada
Yang menghayutkan sendu di air mata
Terdampar lesu di cadar kusam pipiku
Hanya diam yang tak berlagu
Tentang mengerti apakah maksud dan tujuan
Pada indahnya malammu itu.

Ya, seribu detik yang dicari
Seribu bulan tak mudah ditemui
Pada sejuta derita yang sanggup ditahan
Demi menunggu kemanisan perjumpaan
Dalam segenap suasanamu
Kan kumelangut dengan penuh harap
Hingga detik falahmu ke akhirnya.

-anjang, hadiah yang kudamba,3 oktober 2006-

1. ayat-ayat cinta : al-Qur'an
2. falah : sahur

Ya Allah! Semoga Ramadhan al-Mubarak tahun ini mampu mengubah diriku yang sebelum ini penuh dengan kelalaian dan kemaksiatan kepada-Mu.

Ya Allah! Terimalah segala amal ibadah yang telah aku lakukan ini demi kurebut redha-Mu selagi hayatku masih dijasad.Semoga ianya menjadi rutin harianku selama-lamanya.Amin..



www.izdan81.blogspot.com

 

Saturday, September 09, 2006

~~~~~~~Oh Hati~~~~~~~~~



Oh Hati...
Ku biarkan kau terus berlagu
Membisikkan kata-kata syahdu
Biarkan jiwa terus meratap pilu
Agar bisa dihapuskan rasa gundah di kalbu

Kerana ku tahu...
Setitis tangisanku keranaMu
Membuahkan rasa insaf dalam hatiku
Taubat itu penyelamat hidupku
Di hari kebangkitan yang pastinya berlaku

Ya Allah...
Sering fikiranku buntu
Sewaktu ku tersasar mengatur hidupku
Gerak langkahku seolah kaku
Perjalanan hidupku tiada hala tuju
Kau tunjukkan jalan kepadaku
Ku ingin pulang padaMu
Sunyi dari dosa kepadaMu

Ya Tuhanku...
Waktu kedinginan ini
Air mata keinsafan ini hanya takut murkaMu
Memohon keampunan atas dosa nodaku
Merayu dan merintih di malam yang penuh syahdu
Mengharap padaMu

Oh Tuhan Yang Satu..
Ingin ku padamkan memori lalu
Untukku buka lembaran baru
Menjadi hamba yang taat padaMu

Namun aku tahu...
Tanpa hidayah jua petunjukMu
Akan lemaslah aku
Menempuh onak jalanan yang penuh berliku

Ya Allah....
Terimalah taubatku
Pimpinlah aku
Bantulah aku
Campakkanlah cintaMu dalam diriku
Agar mampu ku capai cita-citaku
Agar mampu ku merentasi segala imtihanMu
Untuk membela agama yang satu



-diambil dari blog sahabat-
--
www.izdan81.blogspot.com

~~~~~~~~Sekadar Renungan~~~~~~~~~~~~~~

Sekadar Renungan Bersama.
Cinta amat mahal takrifnya. Itulah yang difitrahkan Allah S.W.T. kepada hambanya. Cinta tidak hanya tertulis pada perkataan, ia juga tak dapat dilihat pada zahirnya, kerana cinta itu tanggungjawab, dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya. Ingat pada yang satu. Jujur pada yang setia. Setia pada yang kasih. Kasih pada yang rindu. Rindulah pada yang menyayangimu. Cinta tak kan datang, kalau tak dicari. Cinta juga tak kan dapat, kalau tak memberi. Tapi mencari biarlah pada yang sudi. Bukan meminta pada yang simpati.


--
www.izdan81.blogspot.com

Wednesday, May 24, 2006

5 Syarat Nak Buat Maksiat

5 Syarat Nak Buat Maksiat
     

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

     




~~~~10 Wasiat Hasan al-Banna ~~~~



10 wasiat yang ditinggalkan oleh Hasan al-Banna :
1.
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
2.
Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
3.
Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
4.
Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
5.
Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6.
Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7.
Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8.
Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie. * untuk menuntut keadilan apabila dizalimi * untuk menghapuskan kemungkaran * kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan * kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9.
Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
10.
Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

Friday, February 03, 2006

JALAN KITA

~~~JALAN KITA~~~
 
 
Dari barisan usrah

Dan Dari bumi tarbiyyah

Muncullah sinaran feqah

Islah terus menitip masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg  berharga

Pejuang keadilan

Dan penjulang kebenaran

Bersama Islam membina ummah

Usaha daulahkan syariah

agar hidup penuh barakah

Di dlm sedih dan tertawa

di dlm susah dan mewah

tetap teguh iman dan taqwa

 

Sehati sejiwa

Dulu kini selamanya

Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah Ya Rabbi

Teguhkan iman kami

Moga tabah hati tak berbelah bagi

 

Berbekalkan Islam membina masyarakat

Mengukuh ummah insan sejagat

Setiap mehnah pastinya ada hikmah

Berbaik sangka pada yg Esa

 

Rasulullah contoh ikutan

Prinsip syura jadikan amalan

 

Korban masa tenaga kita

Dan fikiran perkasakan maruah kita

“ Ya ALLah, berikan pada kami rasa takut kepada-Mu yg akan menghalangi antara kami dengan kedurhakaanku kepada-Mu. Dan kurniakan kepada kami ketaatan yg akan menyampaikan kami kepada syurga-Mu, dan keyakinan yg akan menjadikan kami merasakan musibah dunia menjadi sangat ringan. Berikan kepada kami kenikmatan dengan pendengaran, penglihatan , dan kekuatan kami sepanjang hidup. Jadikan orang-orang yg mewarisi kami dari kalangan kami. Dan jadikan balasan kami tertuju kepada orang yg menzalimi kami. Tolonglah kami atas orang-orang yg memusuhi kami. Jangan Kau jadikan bencana dalam agama kami, dan jangan pula Engkau jadikan dunia sebagai puncak pencarian kami, dan puncak ilmu kami. Jangan Kau jadikan kami dikuasai oleh orang-orang yg tidak mengasihi kami kerana dosa-dosa kami.”

Ali bin Maqlah berkata dlm sebuah sya’irnya..

Jika hati telah diliputi rasa putus asa
Dan hati lapang telah menjadi sesak..
Kala ujian dan cubaan telah menjalar,
Dan di dalam hati telah berdiam semua bencana
Engkau tahu harus ke mana mengusir kesulitan
Dan tidak pula bermanfaat usaha orang-orang pintar
Saat itulah datang bantuan putus asamu,
Dari Rabb Yang Maha Pemberi dan Maha Dekat,
Semua peristiwa walaupun telah memuncak,
Akan bersambung dan akan ada jalan keluar dalam waktu terdekat…
...dari barisan usrah..dari bumi tarbiyyah....

Tuesday, January 24, 2006

" Di antara 9 pembaziran yg sering dilakukan oleh manusia ialah membazir jika hati kosong daripada kasih kepada ALLah."
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah